Sunday 1 February 2015

SMILE

Setiap yang hidup pasti akan mati jua . Tiada yang kekal di dalam dunia ini . Ya Allah , kau tabahkan lah hati ku dalamenghadapi ujian mu di dunia ini . Aku hanya manusia biasa yang sering melalukan kesalahan . Mungkin kesalahan di waktu silam yang pernah aku lakukan , sangat ku kesali Ya Allah . Aku cuba untuk menjaga hati semua orang , tapi hati ku hmmm . Hanya kau saja yang tahu Ya Allah . Apa yang boleh aku lakukan hanya senyum . 
Ya Allah , ada antaranya mendoakan ajal menjemput ku dengan cepat . Ya Allah , andai benar ajal menjemput ku di waktu usia ku ketika ini , aku redha Ya Allah . Aku cuna harapkan kemaafan dari mereka yang pernah aku kesalahan . Andainya ajal menjemput ku , kau tabahkanlah hati orng yang ku sayangi untuk teruskan kehidupan ini. Ya Allah , hanya pada Mu aku mngadu sakit pedih bahagia . Aku bukanlah jenis yang suka menceritakan masalah aku dengn orang lain . Sabar lah wahai hati . Apa yang boleh aku lakukan hanyalah senyum . 

Tuesday 5 August 2014

Sabarlah Wahai Hati

Ada sesuatu ketika aku berasa ingin menangis dengan setiap masalah yang aku hadapi . Benar , hati aku sakit setiap kali menangis . Sakitnya rasa tak terhingga, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui kesakitan yang aku hadapi . Aku juga hampir berputus asa . Tetapi aku cuba memotivasikan diri aku dan berdoa kepada Allah SWT. Aku cuba bangkit kembali dan senyum . Aku bukanlah jenis yang suka berkongsi masalah dengan orang lain kerana au tak nak mengganggu kebahagiaan orang lain
semata-mata untuk menyelesaikan masalah aku .
* Setiap yang berlaku ada hikmahnya . KEEP SMILE wahai hamba Allah SWT :)

Friday 18 July 2014

KEHIDUPAN

Andai saya ada membuat kesilapan , tegurlah saya wahai saudaraku :)

Kehidupan kadang kala menggembirakan kita , tetapi kadang kala kehidupan juga telah membuat kita sedih sehingga mampu menitiskan air mata . Itulah lumrah hidup . Tetapi ada yang sering menganggap kehidupan ini menyusahkan mereka sedangkan mereka lupa bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya . Mungkin kita gembira sekarang , tetapi pada suatu saat kita akan menimpa kesusahan . Ingatlah wahai saudaraku , Allah SWT tidak akan memberi ujian yang tidak boleh hambanya selesaikan . Ingatlah , pandanglah ke arah positif iaitu setiap ujian yang diberi-Nya akan menjadikan kita seorang yang lebih tabah , kuat dan dapat belajar dari kesilapan yang kita lakukan dalam kehidupan . Melakukan kesalahan membuatkan kita dapat belajar dari kesilapan yang kita buat , dan In Sha Allah kita tidak akan melakukan kesalahan yang sama sekali lagi . 

Tetapi ada juga kehidupan yang bersedih dahulu , kemudian kita akan gembira . Apabila kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah, kita akan berasa nikmatnya kegembiraan . Tapi , malang sekali , kerana adanya segelintir saudaraku takut untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi . Tidak mengapa wahai saudaraku , berdoalah kepada Allah SWT mengenai masalahmu , pasti Allah SWT membantumu untuk menyelesaikan masalahmu . Mungkin kita akan mendapat kekuatan untuk menghadapi masalah yang kita hadapi . 

Kehidupan tidak akan meriah jikalau sentiasa ada manisnya , untuk mendapat kehidupan yang meriah, mestilah ada masam dan manisnya . Sabarlah dalam menghadapi kehidupan . Yang penting , sentiasalah mengingati Allah SWT di kala kita gembira mahupun di sewaktu sedih . 

#PrayForGaza . #SaveGaza . #Allahuakbar