Friday 18 July 2014

KEHIDUPAN

Andai saya ada membuat kesilapan , tegurlah saya wahai saudaraku :)

Kehidupan kadang kala menggembirakan kita , tetapi kadang kala kehidupan juga telah membuat kita sedih sehingga mampu menitiskan air mata . Itulah lumrah hidup . Tetapi ada yang sering menganggap kehidupan ini menyusahkan mereka sedangkan mereka lupa bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya . Mungkin kita gembira sekarang , tetapi pada suatu saat kita akan menimpa kesusahan . Ingatlah wahai saudaraku , Allah SWT tidak akan memberi ujian yang tidak boleh hambanya selesaikan . Ingatlah , pandanglah ke arah positif iaitu setiap ujian yang diberi-Nya akan menjadikan kita seorang yang lebih tabah , kuat dan dapat belajar dari kesilapan yang kita lakukan dalam kehidupan . Melakukan kesalahan membuatkan kita dapat belajar dari kesilapan yang kita buat , dan In Sha Allah kita tidak akan melakukan kesalahan yang sama sekali lagi . 

Tetapi ada juga kehidupan yang bersedih dahulu , kemudian kita akan gembira . Apabila kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah, kita akan berasa nikmatnya kegembiraan . Tapi , malang sekali , kerana adanya segelintir saudaraku takut untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi . Tidak mengapa wahai saudaraku , berdoalah kepada Allah SWT mengenai masalahmu , pasti Allah SWT membantumu untuk menyelesaikan masalahmu . Mungkin kita akan mendapat kekuatan untuk menghadapi masalah yang kita hadapi . 

Kehidupan tidak akan meriah jikalau sentiasa ada manisnya , untuk mendapat kehidupan yang meriah, mestilah ada masam dan manisnya . Sabarlah dalam menghadapi kehidupan . Yang penting , sentiasalah mengingati Allah SWT di kala kita gembira mahupun di sewaktu sedih . 

#PrayForGaza . #SaveGaza . #Allahuakbar